Soalan Lazim

  • Apakah syarat-syarat kelayakan minima yang diperlukan untuk menjadi wakil penjual stesen servis PETRONAS ?
    Berikut adalah syarat-syarat kelayakan minima :-
    1. Adalah warganegara Malaysia
    2. Bersedia mengendalikan stesen secara sepenuh masa atas dasar milik perseorangan
    3. Berumur di antara 23 - 45 tahun pada tarikh permohonan
    4. Membuktikan dapat menyediakan modal pusingan sebanyak RM170,000 dan cagaran/surat Jaminan Bank sebanyak RM100,000.
    5. Berkelulusan sekurang-kurangnya Diploma atau 5 tahun pengalaman bekerja.
  • Bolehkan saya memilih lokasi stesen yang dipohon ?
    Pemohon boleh menyatakan lokasi pilihan di borong permohonan. Walaubagaimanapun, pihak PDB berhak untuk menawarkan mana-mana stesen yang dirasakan sesuai berdasarkan kemampuan pemohon dan tidak semestinya mengikut keutamaan lokasi yang dipilih oleh pemohon.
  • Berapakan jumlah terperinci yang diperlukan untuk modal pusingan dan cagaran ?
    Pemohon perlu menyediakan modal pusingan sebanyak RM170,000 dalam bentuk aset cair seperti akaun simpanan, akaun semasa, simpanan tetap, akaun tabung haji, amanah saham dan saham-saham yang diniagakan di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL). Manakala untuk cagaran/surat Jaminan Bank, pemohon boleh menyediakannya dalam bentuk aset cair sebanyak RM100,000. Sumber kewangan daripada pasangan juga boleh diambil kira dalam pengiraan jumlah modal pusingan dan cagaran yang diperlukan.
  • Bagaimanakah saya akan tahu samada saya berjaya atau tidak dengan permohonan saya ?
    Pemohon yang berjaya disenarai pendek akan dipanggil untuk sessi temuduga di lokasi yang akan diberitahu kelak. Samada berjaya atau tidak, pemohon akan diberitahu melalui emel akan keputusan temuduga tersebut. Kepada yang tidak berjaya, pemohon hanya boleh memohon kembali selepas 2 (dua) tahun dari tarikh surat gagal temuduga tersebut.


Rate This Article
Did you find this useful or informative?